Perantara Didakwa Rasuah RM12,680

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang merupakan orang perantaraan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM12,680 yang kononnya untuk diberikan kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

V. Panjanathan, 47, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan terhadap ejen penyamaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia didakwa meminta wang tunai RM6,300 daripada ejen tersebut pada pukul 10 malam, 27 April 2008 di Restoran As Sharif, Jalan Tiara 2B, Bandar Baru Klang, dekat sini.

Wang tersebut dikatakan sebagai dorongan untuk memproses permohonan penukaran enjin bagi tiga buah kenderaan tanpa melalui pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Tertuduh juga didakwa menerima bagi dirinya wang RM4,200 pada pukul 3.45 petang, 24 Jun 2008 di Maybank cawangan Port Klang, Klang sebagai dorongan yang sama untuk dua buah kenderaan.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima wang RM2,000 daripada seorang lagi ejen penyamaran pada pukul 12.25 tengah hari di bank yang sama untuk bayaran melibatkan proses yang sama terhadap sebuah kenderaan.

Dia juga didakwa menerima RM200 daripada seorang lelaki pada pukul 10.35 malam, 17 September 2008 yang dikatakan sebagai dorongan untuk memperbaharui cukai jalan sebuah kereta yang telah tamat melebihi tempoh setahun.

Setiap pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Ng Siew Wee menawarkan jaminan RM10,000 untuk semua pertuduhan kepada tertuduh.

“Saya mohon mahkamah untuk mengurangkan jumlah itu. Hanya saya yang bekerja dan dua anak saya masih bersekolah,” rayu tertuduh kepada mahkamah.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Februari depan untuk tertuduh melantik peguam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan