Rasuah: Pengarah Syarikat Pembinaan Dan Penganggur Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembinaan dan seorang penganggur diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, terhadap empat pertuduhan menerima rasuah membabitkan wang tunai RM40,000 daripada seorang jurutera, tujuh tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Nik Mohd Amir Nik Muhamad, 36, dan Hadi Sham Mohd Sofian, 38.

Mahkamah memerintahkan kedua-duanya membela diri pada 21 dan 22 Mac ini.

Bagi tuduhan pertama, mereka didakwa menerima suapan iaitu wang tunai RM10,000 daripada Sajali Mat, 53, kononnya sebagai sebahagian daripada upah bagi seorang pegawai badan awam iaitu Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk meluluskan pengeluaran enam Borang Inden Kerja SPNB Construction Sdn Bhd bagi projek perumahan Rumah Mesra Rakyat kepada Sajali, pada 16 Julai 2004.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, mereka masing-masing didakwa menerima suapan wang tunai bernilai RM20,000, RM5,000 dan RM5,000 daripada Sajali, bagi tujuan sama pada 23 Julai, 28 Julai dan 4 Ogos 2004.

Keempat-empat kesalahan itu didakwa dilakukan di HZ Realty, No 27-2, Jalan Medan Tuanku di sini.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam P. Arimuthu memberitahu pihak pembelaan akan mengemukakan seramai tujuh orang saksi untuk memberi keterangan ketika perbicaraan di peringkat membela diri.

Pihak pendakwa yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Josiendra Abu Senin dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, telah mengemukakan seramai 17 saksi untuk memberi keterangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan