Penulis Peroleh Penangguhan Untuk Semakan Kehakiman Bagi Cabar Tindakan Rampas Buku

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis buku "The March to Putrajaya-Malaysia's New Era Is At Hand" pada Isnin, memperoleh penangguhan untuk semakan kehakiman bagi mencabar satu perintah mahkamah supaya merampas 33 naskah buku itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan penangguhan oleh Yong Thye Chong, yang menulis dengan menggunakan nama Kim Quek, dan syarikat penerbitan Oriengroup Sdn Bhd itu, atas alasan wujud kes yang boleh dipertikai.

Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail bagi pihak Kementerian Dalam Negeri dan peguam K.Shanmuga bagi pihak Yong dan Oriengroup.

Shanmuga ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 24 Februari ini sebagai tarikh sebutan untuk permohonan substantif untuk semakan kehakiman.

Pada 3 November lepas Yong, 72, dan Oriengroup menfailkan permohonan semakan kehakiman yang antara lain memohon supaya arahan pengharaman buku itu ditarik balik.

Mereka juga menuntut satu deklarasi bahawa rampasan 33 buku itu tidak sah manakala arahan pengharaman buku itu adalah ultravires kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mereka juga mendakwa arahan itu adalah menyalahi hak mereka untuk bersuara dan kesamarataan, di samping mencabuli hak untuk kebebasan.

Mereka menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Asisten Supritendan (ASP) Zul Azhar Mokhtar, Ketua Inspektor Nahar Yamen, ASP Mohd Fahmi Daraman Shah dan kerajaan sebagai responden.

Menurut mereka pada 19 Ogos tahun lepas, 33 naskah buku itu dirampas, iaitu 20 di Kuantan, empat di Melaka, enam di Cheras dan tiga di Universiti Malaya.

Mereka mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri mengharamkan buku itu pada 27 September lepas kerana ia bersikap prejudis terhadap ketenteraman awam, dan mereka turut mendakwa tidak diberikan peluang untuk didengar sebelum menteri berkenaan mengarahkan supaya buku itu diharamkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan