Badrul Hisham Fail Saman Isytihar Masih ADUN Yang Sah

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan saman pemula pada Isnin, memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih ADUN yang sah dan berhak untuk menghadiri segala sidang yang berkaitan dengan tugasnya.

Badrul Hisham, 51,memfailkan saman tersebut menerusi peguam Datuk Hafarizam Harun di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 3.15 petang dan menamakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN), Teng Chang Kim sebagai defendan pertama.

Badrul Hisham yang memenangi kerusi N46 itu menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 turut menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan kedua dalam saman tersebut.

Pada Oktober 2009, Badrul Hisham membuat keputusan untuk meninggalkan PKR dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional sebelum menyertai UMNO pada Mei tahun lalu.

Pada samannya, Badrul Hisham juga memohon deklarasi bahawa keputusan defendan pertama yang mengikstiharkan kerusi tersebut sebagai kosong adalah ultra vires (melampaui batas undang-undang) Artikel 69 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, salah dan tidak sah.

Beliau turut menuntut defendan pertama untuk membayar ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan dengan serta-merta, kos yang berbangkit daripada permohonan tersebut dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam saman tersebut, Badrul Hisham menyatakan alasan permohonannnya disebabkan pegumuman defendan pertama pada 19 Januari lalu yang mengisytiharkan bahawa kerusi N46 adalah kosong.

Teng pada sidang media tersebut menyatakan ia disebabkan Badrul Hisham telah tidak menghadiri persidangan dewan dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun, Badrul Hisham mendakwa dirinya telah menghadiri persidangan DUN pada 12 dan 15 Julai 2010 dan tidak menghadiri persidangan DUN Mesyuarat Penggal Ketiga pada 8 November hingga 16 November 2010 kerana mendapatkan rawatan tradisional akibat masalah kesihatan.

Justeru itu, beliau mendakwa pengisytiharan tersebut adalah ultra vires dan tidak sah kerana menurutnya pentafsiran sebenar tempoh masa di bawah Artikel 69 tersebut adalah dikira daripada 8 November 2010.

Seterusnya, beliau juga mendakwa hanya defendan kedua mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan samsa ada terdapat kekosongan di kerusi N46 di bawah Seksyen 12 Akta Pilihanraya 1958 dan justeru itu, defendan pertama tidak berhak untuk menentukan kekosongan tersebut.

Badrul Hisham juga mendakwa defendan pertama eggan menerima alasan yang dikemukakan beliau mengenai ketidakhadiran tersebut yang dibuat melalui surat yang diakui terima pada 10 Disember 2010 dan telah memutuskan beliau tidak hadir tanpa kebenaran.

Beliau juga mendakwa telah menulis surat bertarikh 5 Januari lalu untuk memohon mengadakan pertemuan bagi memberi penjelasan, bagaimanapun tidak diberikan peluang untuk berbuat demikian.

Beliau juga mendakwa, defendan pertama tidak mempunyai dasar untuk membuat keputusan tersebut dan telah menyalahguna kuasa serta bertindak secara mala fide (niat jahat), tidak munasabah, tidak adil dan mempunyai niat politikal yang berkepentingan.

Sementara itu, semasa ditemui, Hafarizam memberitahu, mahkamah telah menetapkan pengurusan kes dibuat pada 17 Februari depan sebelum kes tersebut didengar di Mahamah Tinggi di sini.

“Kami berharap agar kes ini didengar dengan segera,” kata Hafarizam.

Badrul Hisham yang turut hadir di mahkamah juga enggan mengulas mengenai kenyataan Teng yang menyifatkan beliau sebagai ‘berbohong’ apabila menyatakan dirinya ada menghadiri persidangan dewan.

“Biar mahkamah yang menentukan,” katanya dan mendakwa Teng berniat jahat kerana telah mengetahui mengenai masalah kesihatan berlanjutan yang dialaminya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan