Penolong Akauntan Dituduh Guna Jawatan Pilih Saudara Bekal Peralatan

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang penolong akauntan pada Ahad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk memilih saudaranya bagi membekalkan peralatan kegunaan komputer di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai pada Februari dan Disember 2008.

Mohd Azuan Mohd Fauzi, 30, menghadapi empat pertuduhan kerana memilih saudaranya itu dalam membekalkan peralatan tersebut dengan menggunakan pesanan kerajaan yang kesemuanya dianggarkan berjumlah lebih RM23,000.

Kesemua pertuduhan terhadap Mohd Azuan yang bertugas di Pejabat Pelajaran daerah itu yang tidak diwakili peguam itu dibacakan di hadapan Hakim Zainal L.

Salleh yang kemudiannya memohon untuk dibicarakan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Azuan didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan iaitu membuat keputusan memilih Rozali Ahmad yang merupakan saudaranya untuk membekal 1,000 unit CD kosong dengan harga RM2,200 melalui pesanan kerajaan No P1023 pada 19 Februari 2008.

Pertuduhan berikutnya, Mohd Azuan didakwa telah menggunakan jawatannya itu bagi mendapatkan suapan iaitu membuat keputusan memilih saudaranya yang sama untuk membekal 40 unit kaca mata monitor komputer dengan harga RM3,920 melalui pesanan kerajaan No P1596 pada 18 Disember 2008.

Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh itu juga didakwa telah menggunakan jawatannya itu bagi mendapatkan suapan iaitu membuat keputusan memilih Rozali membekalkan 50 unit "pemacu cakera" dengan harga RM9,500 melalui pesanan kerajaan No P1595 pada 18 Disember 2008.

Bagi pertuduhan terakhir, Mohd Azuan telah didakwa tuduhan yang sama memilih Rozali bagi membekalkan 60 unit katrij HP21 dan 20 unit katrij HP22 yang berharga RM7,860 melalui pesanan kerajaan No P1570 pada 17 Disember 2008.

Bagi setiap pertuduhan itu Mohd Azuan telah didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 525) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan tersebut, Mohd Azuan boleh dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Zainal kemudiannya mengenakan jaminan sebanyak RM3,500 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 bagi setiap pertuduhan kedua, ketiga dan keempat yang kesemuanya dengan seorang penjamin.

Hakim itu juga kemudiannya menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Ahsan Abdul Latif. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan