Penolong Pegawai FAMA Dihukum Penjara Sebulan, Denda RM10,000

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai Hal Ehwal Ekonomi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) cawangan Selayang, dekat sini dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 selepas disabitkan bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mat Ghani Abdullah turut memerintahkan supaya tertuduh, Rosli Kasmuni. 47, dipenjarakan selama tiga bulan, jika gagal untuk menjelaskan denda tersebut.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Mat Ghani yang menilai keterangan 17 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan berpendapat, tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Rosli didakwa atas tuduhan memperdayakan pegawai tadbir FAMA, Muhammad Amin Yahya Zikri dengan menyerahkan satu invois Hotel Brisdale Kuala Lumpur, bertarikh 29 Julai 2003 yang mengandungi penyataan palsu.

Invois tersebut menyatakan kos keseluruhan penginapan dan seminar berkaitan Mesyuarat Agung Kesatuan Eksekutif FAMA yang diadakan pada 29 hingga 30 Jun 2003 berharga RM6,000 sedangkan ia sebenarnya berjumlah RM4,895.

Rosli didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 29 Julai dan 20 Ogos 2003 di ibu pejabat FAMA, di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Baharuddin Ahmad Kassim manakala tertuduh diwakili peguam Edmund Ponniah.

Pada prosiding itu, tertuduh juga merayu agar mahkamah memberikan masa untuk dia menjelaskan denda yang diarahkan.

“Saya tidak sangka akan disabitan. Saya mohon diberikan sedikit masa,” katanya.

Mat Ghani membenarkan supaya denda tersebut dibayar pada 31 Januari ini. Beliau juga membenarkan permohonan peguam tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Mat Ghani turut mengekalkan jumlah jaminan RM3,500 yang dikenakan ke atas Rosli bagi tujuan penangguhan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan