Mahkamah Tetapkan 27 Januari Dengar Permohonan Pindaan Saman Anwar Terhadap Khairy

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Januari untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meminda sebahagian daripada saman fitnahnya terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Timbalan Pendaftar Fa'erah Nurul Aini Izany menetapkan tarikh itu selepas mengadakan pertemuan antara kedua-dua pihak di dalam kamar pada Jumaat.

Peguam Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan S. Prakash mewakili Anwar sementara Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Sarah Abishegam.

Perkara itu ditetapkan sebelum perbicaraan kes saman itu didengar Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham selama dua hari bermula 13 April.

Anwar memfailkan saman pada 7 September 2007 mendakwa bahawa Khairy, yang ketika itu merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, memfitnah beliau pada sebuah majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007.

Penasihat PKR itu mendakwa bahawa kenyataan fitnah oleh Khairy disiarkan oleh media cetak dan elektronik tempatan pada 3 Ogos 2007.

Anwar turut mendakwa bahawa kenyataan Khairy menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh kaum Melayu, tidak mementingkan perjuangan dan hak Melayu serta mampu mengkhianati perjuangan dan hak mereka semata-mata untuk meraih sokongan kaum bukan Melayu di negara ini.

Anwar juga berkeras bahawa Khairy membuat kenyataan tersebut sebagai sindiran bahawa dia (Anwar) merupakan ejen politik Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi, selain untuk menghancurkan kerjaya politiknya.

Selain tuntutan yang dirasakan setimpal oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Khairy, atau ejen beliau daripada mengulangi kenyataan seumpama itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan