Konsep Bilik Mahkamah Bergerak Diperkenal Di Sabah Dan Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Konsep Bilik Mahkamah Bergerak akan diperkenalkan di Sabah dan Sarawak pada tahun ini untuk memudahkan proses perbicaraan membabitkan saksi di kawasan luar bandar.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum berkata melalui konsep itu, saksi yang berada jauh dari kawasan bandar tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menghadiri kes perbicaraan di mahkamah.

"Ada saksi hadir ke mahkamah dengan mengeluarkan belanja kewangan yang banyak dan jika kes perbicaraan tidak selesai yang mengambil masa dua hingga tiga hari, mereka terpaksa menyewa hotel di bandar.

"Ia bukan sahaja menjimatkan belanja kewangan yang ditanggung oleh saksi tetapi dapat menjimatkan masa kes perbicaraan dan keselesaan kepada saksi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2011 Sabah dan Sarawak di sini Jumaat.

Beliau berkata sebagai permulaan, konsep itu akan dimulakan di Sabah pada Mac ini dengan menggunakan bas yang diubahsuai.

Malanjum berkata bilik mahkamah bergerak itu dilengkapi seperti mahkamah biasa termasuk adanya seorang majistret yang mengendalikan perbicaraan.

Konsep itu adalah berbeza dengan Mahkamah Bergerak yang sudah diperkenalkan di Sabah dan Sarawak dengan menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan mahkamah di kawasan luar bandar, katanya.

Richard berkata pada tahun ini, pihaknya juga akan memperbanyakkan program Tanggungjawab Sosial Masyarakat (CSR) dalam menangani peningkatan kes dadah yang dilakukan oleh golongan remaja.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas di negeri ini, seramai 6,392 orang berumur antara 16 hingga 50 tahun didakwa mengikut Seksyen 12 dan 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya bagi membantu masyarakat menangani masalah itu, pegawai mahkamah di Sabah dan Sarawak akan meningkatkan peranan mereka dengan melaksanakan CSR mereka kepada banyak sekolah dan kampung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan