Kes Hak Jagaan Anak: Mahkamah Tetap Tarikh Lain Untuk Mediasi Menerusi Persidangan Video

Diterbitkan: Jumaat, 21 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Proses mediasi menerusi persidangan video yang dijadualkan pada Jumaat, antara ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 yang berebut hak penjagaannya, gagal diadakan berikutan masalah teknikal.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Low Hop Bing, yang bertindak selaku hakim pengantara, kemudian menetapkan Jumaat ini untuk cuba mengadakan mediasi menerusi persidangan video antara perunding hartanah Low Swee Siong dan bekas isterinya, Tan Siew Siew seorang pengurus restoran di London.

Dipercayai kakitangan mahkamah gagal menghubungi Tan menerusi dua alamat e-mel yang diberikan wanita itu.

Sebelum ini, kedua-dua pihak bersetuju melakukan proses tersebut selepas mahkamah dimaklumkan Tan tidak dapat hadir untuk mediasi di sini hari ini kerana cutinya telah habis.

Dalam kes itu, Bi-Anne enggan tinggal bersama Tan di London walaupun wanita itu telah mendapat hak menjaganya pada 2008, sebaliknya kanak-kanak itu berkeras mahu tinggal bersama Low.

Pasangan itu berkahwin pada 1999 dan bercerai pada 2006. Pada asalnya hak penjagaan Bi-Anne diberikan kepada Low, tetapi Tan membuat rayuan dan berjaya mendapatkan hak itu.

Pada prosiding hari ini, Hakim Low menyarankan kepada peguam K.Bowanes agar mendesak Tan bagi memudahkan proses mediasi itu demi kepentingan anaknya serta meminta beliau menghantar satu falsafah kepada wanita itu menerusi e-emel yang berbunyi, "family peace produces boundless fortune. People in harmony personified nobility."

Hakim itu juga meminta Bi-Anne menghantar e-emel serupa kepada Tan, namun kanak-kanak perempuan itu memberitahunya dalam bahasa Mandarin bahawa beliau tidak mahu berbuat demikian, selain tidak memiliki alamat e-emel ibunya.

Bi-Anne, yang disifatkan Hakim Low sebagai kanak-kanak perempuan yang bijak, turut menangis ketika merayu mahkamah mengenepikan denda RM400 sehari terhadap bapanya kerana lewat menyerahkannya kepada Tan.

Hakim Low berkata sebagai hakim pengantara, beliau tidak boleh mengarahkan perintah denda itu digantung tanpa mendengar hujah kedua-dua pihak terlebih dahulu.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Low pula menyarankan supaya persetujuan Tan diperoleh bagi menggantung perintah tersebut, namun Bowanes berkata beliau tidak mendapat sebarang arahan mengenai perkara itu daripada anak guamnya.

Hakim kemudian meminta Bowanes mendapatkan arahan daripada Tan mulai hari ini hingga Jumaat depan, dan peguam itu berkata beliau akan berbuat demikian.

Ditanya sama ada Tan akan pulang ke Malaysia sebelum atau selepas sambutan Tahun Baru Cina pada bulan depan, Bowanes berkata wanita itu tidak dapat mengesahkan perkara itu disebabkan kerjanya.

Mahkamah kemudian membenarkan penggantungan sementara selama sehari bagi Jumaat ini hukuman denda RM400 terhadap Low yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 September lepas kerana mengingkari perintah mahkamah supaya Bi-Anne diserahkan kepada bekas isterinya.

Perunding hartanah berusia 40 tahun itu didenda RM20,000 kerana menghina mahkamah dan denda RM400 setiap hari yang dia gagal menyerahkan Bi-Anne kepada Tan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan