Mahkamah Benar Permohonan Isteri Krishnan Untuk Bedah Siasat Kedua

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat seorang pendawai elektrik, M. Krishnan yang mati semasa berada di dalam tahanan polis dua minggu lalu akan dibedah siasat untuk kali kedua.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mat Diah pada Rabu, membenarkan permohonan isteri Krishnan, P. Revathi, 36, yang memfailkan notis usul untuk bedah siasat kedua berhubung kematian mendiang dilakukan.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mazelan Jamaludin yang mewakili responden-responden tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan Revathi.

Revathi yang diwakili oleh peguam Gurmeet Singh memfailkan notis usul itu pada Selasa, dengan menamakan Ketua Balai Polis Bukit Jalil, Ketua Polis Daerah Cheras, Ketua Polis Negara, Majistret Mahkamah Kuala Lumpur dan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebagai responden.

Krishnan, 37, ditangkap di Taman Miharja, Cheras, di sini, pada 2 Januari lalu dan ditahan reman selama empat hari kerana didakwa melakukan kesalahan dadah.

Laporan bedah siasat menyatakan kematian Krishnan disebabkan ulsernya pecah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam afidavit sokongannya, Revathi menyatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada 8 Januari lalu selepas dimaklumkan oleh rakan suaminya, A. Sargunan bahawa Krishnan telah meninggal dunia tetapi pihak polis gagal memaklumkan kejadian itu kepadanya yang berlaku sehari sebelum itu.

Dia seterusnya mendakwa terdapat kesan lebam pada bahu mangsa dan luka di bahagian kanan matanya.

Revathi mendakwa sehingga kini beliau belum menerima salinan laporan bedah siasat dan mahu autopsi kedua dijalankan selepas mencurigai kemungkinan wujud unsur jenayah berhubung kematian suaminya.

Sementara itu, Mazelan memberitahu mayat Krishnan kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan persiapan akan dilakukan untuk membawa mayat mendiang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat kali kedua pada Jumaat ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan