Kes Bunuh Aaliyah: Peguam Warga Sudan Tarik Diri

Diterbitkan: Rabu, 19 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peguam yang tidak bersependapat dengan seorang Hakim Mahkamah Tinggi di sini mengenai kedudukan seorang ‘jurubahasa’ membuat keputusan untuk menarik diri meskipun kes tersebut telah memasuki peringkat pembelaan.

Peguam J. Kuldeep Kumar memberitahu Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah pada selasa, bahawa beliau tidak lagi mewakili warga Sudan, Mohannad Taha Ismail yang diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Terdahulu, Kuldeep dan Abdul Alim tidak sependapat mengenai status seorang Setiausaha Kedua di Kedutaan Sudan yang dibawa oleh Kuldeep untuk bertindak sebagai 'jurubahasa' kepada tertuduh.

Menurut Kuldeep, ‘jurubahasa’ tersebut yang telah berada di negara ini sejak 30 September lalu diperolah selepas beliau membuat permohonan kepada kedutaan terbabit.

Bagaimanapun, Abdul Alim berkata, perkara itu dibuat pada saat-saat terakhir selain tiada permohonan dikemukakan di mahkamah untuk melantik seorang jurubahasa.

“Anak guam kamu boleh berbahasa Inggeris dan selama ini, perbicaraan juga menggunakan jurubahasa mahkamah (yang dijalankan dalam bahasa Inggeris),” katanya.

Selain itu, Abdul Alim turut melahirkan kebimbangan akan berlaku implikasi di masa depan memandangkan status ‘jurubahasa’ terbabit di kedutaan menyebabkan dia mempunyai imuniti.

Beliau juga membangkitkan kelewatan Kuldeep tiba di mahkamah kerana menurutnya, kes tersebut ditetapkan bermula pada pukul 9 pagi.

“Semalam (Isnin) saya tetapkan kes berjalan pada pukul 9 pagi, tetapi kamu tidak berada di sini. Akhirnya kamu datang pada pukul 10 pagi. Jika kamu maklumkan lebih awal, saya boleh terima. Kamu juga membawa jurubahasa sendiri,” katanya.

Kemasukan ‘jurubahasa’ secara mengejut itu turut dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin yang mengendalikan perbicaraan tersebut.

“Selalunya, seorang jurubahasa perlu mendapatkan sepucuk surat daripada Istana Kehakiman sebelum boleh bertindak sebagai jurubahasa di mahkamah,” kata Alfred.

Abdul Alim kemudiannya menangguhkan kes selama beberapa minit untuk pihak-pihak yang terlibat berbincang bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

Sebaik sahaja prosiding bermula, Kuldeep memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Mohannad Taha dan akan menarik diri daripada terus mewakili lelaki tersebut.

“Saya mohon untuk mengundurkan diri,” katanya dan sebaik sahaja permohonan itu dibenarkan, Kuldeep terus menarik begnya meninggalkan mahkamah.

Abdul Alim kemudiannya menetapkan sebutan pengurusan kes tersebut pada 25 Januari ini selepas tertuduh memaklumkan dia akan melantik seorang peguam baru bagi mewakili dirinya.

Sementara itu, difahamkan Kuldeep tiba di mahkamah tersebut pada pukul 8.15 pagi, sebelum ke Mahkamah Sesyen di sini kerana seorang anak guamnya telah dikenakan waran tangkap.

Mohannad Taha, 25, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan membunuh Aaliyah Ayman antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009 di nombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, dekat sini.

Tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Aaliyah Ayman merupakan anak kepada teman wanita tertuduh, Ellina Maulad Mahather, 25, yang merupakan bekas pelayan kelab malam hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Laporan bedah siasat menyatakan mangsa mengalami 34 kesan kecederaan di seluruh badan termasuk kesan cubitan di bahagian kemaluan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan