Isteri Krishnan Pohon Perintah Mahkamah Untuk Bedah Siasat Kedua

Diterbitkan: Selasa, 18 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri M. Krishnan, yang meninggal dunia dalam tahanan polis dua minggu lepas, memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi melakukan bedah siasat kedua berhubung kematian suaminya.

P. Revathi, 36, memfailkan notis usul itu melalui firma Tetuan Hullon & Co pada 11.30 pagi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

Beliau menamakan Ketua Balai Polis Bukit Jalil, Ketua Polis Daerah Cheras, Ketua Polis Negara, Majistret Mahkamah Kuala Lumpur dan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebagai responden.

Dalam afidavit sokongannya, Revathi, seorang suri rumah menyatakan beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada 8 Jan lalu selepas dimaklumkan oleh rakan suaminya, A. Sargunan bahawa Krishnan telah meninggal dunia tetapi pihak polis gagal memaklumkan kejadian itu kepadanya yang berlaku sehari sebelum itu.

Beliau mendakwa ketika berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menuntut mayat suaminya beliau dimaklumkan punca kematian suaminya disebabkan penyakit ulser yang pecah.

Beliau mendakwa terdapat kesan lebam pada bahu mangsa dan luka di bahagian kanan matanya.

Revathi mendakwa sehingga kini beliau belum menerima salinan laporan bedah siasat dan mahu autopsi kedua dijalankan selepas mencurigai kemungkinan wujud unsur jenayah berhubung kematian suaminya.

Selain memohon melakukan bedah siasat kedua, Revathi juga mahu autopsi kedua dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, salinan laporan bedah siasat, salinan laporan polis dan kenyataan dari semua tahanan yang turut berada di dalam lokap semasa mangsa ditahan dan satu perintah untuk inkues diadakan.

Krishnan, 37, pendawai elektrik, ditangkap di Taman Miharja, Cheras pada 2 Januari lalu dan ditahan reman selama empat hari kerana didakwa melakukan kesalahan dadah.

Laporan bedah siasat menyatakan kematian Krishnan disebabkan ulsernya pecah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Revathi memberitahu pemberita beliau tidak mahu tahu apakah kesalahan yang dilakukan suaminya atau adakah kesalahan itu serius tetapi apa yang beliau mahukan sekarang adalah kebenaran mengenai punca kematian suaminya.

"Anak-anak saya berusia antara 8 hingga 17 tahun tidak pergi ke sekolah lebih dari satu minggu, saya di sini bersama rakan keluarga hari ini menuntut keadilan dan pengebumian yang sewajarnya untuk suami saya," kata Revathi sambil menangis.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 10.30 pagi esok untuk pengurusan kes permohonan Revathi disebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan