Tiga Lelaki Peru Dipenjara 18 Bulan Keluarkan RM3,500 Daripada ATM Wanita Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki warga Peru dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana memperdaya seorang wanita tempatan dan mengeluarkan wangnya sebanyak RM3,500 daripada mesin ATM di Besut pada September tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen M.Bakri Abdul Majid memerintahkan hukuman bermula dari tarikh ketiga mereka ditangkap iaitu pada 19 September tahun lepas kerana mengambil kira pengakuan bersalah Sosaya Carrasco Jose Wilfredo, 58, Nicanor Edgar Areche Aquipa, 45, dan Henry Fernando Carrascal Carlin, 45, yang telah menjimatkan masa mahkamah.

Ketiga-tiga lelaki itu didakwa secara bersama melakukan tiga pengeluaran pada mesin ATM di Maybank Berhad di Jerteh, Besut, berjumlah RM3,500 daripada akaun simpanan milik Ma Kalthum Salleh, 38, antara 11 pagi dan 12 tengah hari 19 September lepas.

Kesalahan adalah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah melantik penterjemah Norazrin Zakaria dari Institut Terjemahan Negara kerana ketiga-tiga tertuduh tidak boleh berbahasa Inggeris dan hanya tahu bahasa Sepanyol.

Mengikut fakta kes, semasa Ma Kalthum sedang membuat pengeluaran wang di mesin ATM itu, bahunya ditepuk oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menunjukkan terdapat beberapa keping wang kertas bertaburan di lantai.

Wanita itu kemudiannya tunduk dan mengutip wang itu tetapi setelah selesai membuat pengeluaran wang dan mengambil kembali kadnya dari mesin ATM itu, beliau mendapati kad itu berlainan daripada kad miliknya.

Semakan dengan pihak bank mendapati RM3,500 daripada akaunnya telah dikeluarkan sebelum bank sempat membatalkan kad berkenaan.

Siasatan polis mendapati imej semua tertuduh dan Ma Kalthum terdapat dalam rakaman kamera litar tertutup bank itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah manakala ketiga-tiga diwakili peguam bela Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim yang dilantik oleh Kedutaan Peru.

Di mahkamah berasingan, Carlin, dipenjara enam bulan setelah mengaku bersalah mempunyai cop keselamatan palsu pada pasportnya.

Hakim Mahkamah Khas PATI, Azman Mustapha, memutuskan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 September tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan