Sebabkan Kematian Pelajar Korea: Dua Jurujual Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, Khamis, memerintahkan dua jurujual lelaki membela diri atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar warga Korea yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, empat tahun lepas.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wong Kok Hoong, 39, dan Lau Mann Sing, 46.

Beliau kemudian menetapkan 18 Januari ini untuk perbicaraan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Lim Jong Yong, 25, di jalan raya depan Blok Kasih, D'Aman Crimson, Jalan PJU 1A/41A di sini pada 10.30 malam, 25 Jun 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam A.Vasudevan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan