Pelajar Korea Mati: Jurujual Dan Tukang Masak Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang jurujual syarikat pembekal alat tulis dan tukang masak diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian seorang penuntut kolej swasta warga Korea, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memanggil Wong Kok Hoong, 39, dan Lau Mann Sing, 46, membela diri pada Khamis, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab oleh mereka.

Beliau seterusnya menetapkan 18 Januari ini untuk tertuduh berbuat demikian dan peguam A. Vasudevan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan empat saksi pembelaan.

Wong dan Lau, didakwa menyebabkan kematian Lim Jong Yong, 24, tanpa niat pada pukul 10.30 malam, 25 Jun 2007 di jalan raya berhadapan Blok Kasih Crimson Kondominium Ara Damansara, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani telah memanggil 21 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Wong didakwa di mahkamah kali pertama pada 11 Julai 2007 manakala pendakwaan terhadap Lau dilakukan enam hari kemudian.

Akhbar semasa itu melaporkan Lim, yang merupakan pelajar jurusan pengurusan hotel di sebuah kolej di Damansara Utama, dekat sini meninggal dunia di Pusat Perubatan Sunway pada pukul 4.30 petang, 6 Julai 2007 selepas koma tiga hari.

Mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selain tiga tikaman di kedua-dua paha.

Dia didakwa mengalami kecederaan tersebut apabila diserang oleh dua lelaki yang bersenjatakan kayu golf dan besbol selain ditikam akibat salah faham semasa dia dan abang kembarnya sedang menunggu seorang kawan di tempat letak kereta kondominium tersebut.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan