Dua Pengarah Dipenjara, Denda Kerana Manipulasi Saham Suremax

Diterbitkan: Khamis, 13 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Phillip Wong Chee Kheong dan Francis Bun Lit Chun masing-masing dihukum penjara 24 bulan dan denda RM3 juta atau penjara enam bulan) serta penjara tiga bulan dan dengan RM2 juta atau penjara enam bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, mereka disabitkan dengan kesalahan terlibat dalam manipulasi saham-saham Suremax Group Berhad (Suremax).

Hakim Komathy SM Suppiah ketika menjatuhkan hukuman berkata mahkamah mengenakan hukuman penjara sebagai penanda aras baharu dalam kes-kes sekuriti.

"Pasaran sekuriti sepatutnya nyata dan tulen. Manipulasi pasaran merupakan kesalahan serius kerana ia menjejaskan keyakinan pelabur, dan oleh itu hukuman penjara wajar dikenakan," katanya.

Pada 7 Januari, Wong dan Bun disabitkan mengikut Seksyen 84(1) Akta Industri Sekuriti kerana melakukan transkasi yang mengelirukan dengan dagangan aktif saham-saham Suremax dalam sembilan akaun, tanpa perubahan dalam pemilikan saham-saham, di bursa saham. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan