Sub Inspektor Didakwa Beri Keterangan Palsu Kes Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seorang pegawai polis berpangkat Sub Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari terhadap tuduhan memberi keterangan palsu dalam prosiding kes rasuah melibatkan dua pegawai polis pada Selasa.

Sub Inpektor Mohd Ladin Che Ngah, 50, didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 petang semalam ketika memberi keterangan sebagai saksi berhubung kes rasuah melibatkan seorang Penolong Penguasa Polis dan seorang Inspektor polis yang dituduh menerima rasuah RM 5,000 daripada seorang ahli perniagaan kedai emas pada 2008.

Mohd Ladin didakwa memberikan keterangan bercanggah dengan laporan yang diberikannya sewaktu soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan itu, SPRM telah membuat laporan dan Mohd Ladin ditahan di perkarangan Mahkamah setengah jam kemudian semalam.

Mohd Ladin dituduh mengikut Seksyen 27 (2) Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Zainal L.Salleh membenarkan Mohd Ladin diikat jamin sebanyak RM5,000 sehingga sebutan semula kes pada 10 Feb nanti. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan