Rayuan Anson Wong Ditangguh Kepada 24 Januari

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, menangguhkan permohonan mendapatkan kebenaran untuk merayu yang difailkan oleh seorang ahli perniagaan, Anson Wong yang telah disabitkan bersalah atas tuduhan mengeksport 95 ekor ular berbahaya kepada 24 Januari ini.

Tarikh tersebut ditetapkan selepas peguam Datuk Seri Muhammad Shafie Abdullah memaklumkan bahawa arahan untuk mengemukakan tertuduh tidak diserahkan kepada Jabatan Penjara, lantas menyebabkan anak guamnya tidak dibawa ke mahkamah pada prosiding Rabu.

Permohonan tersebut akan didengar oleh panel tiga hakim, iaitu Hakim Datuk Hasan Lah, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Peguam Kanan Persekutuan Munahaizah Mustapha hadir bagi pihak pendakwaan pada prosiding tersebut.

Prosiding hari ini telah ditetapkan untuk mendengar permohonan Anson atau nama sebenarnya, Wong Keng Liang untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini, yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Pada 6 September 2010, Anson diarahkan untuk menjalani penjara selama enam bulan dan denda RM190,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, dekat sini selepas disabitkan bersalah mengeksport 95 ekor ular Boa Constrictor.

Ular-ular tersebut ditemui disumbatkan ke dalam sebuah bagasi apabila Anson ditahan pada pukul 8.50 malam, 26 Ogos 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Keputusan Mahkamah Sesyen mendapat bantahan daripada organisasi bukan kerajaan menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 4 November 2010, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menambah hukuman Anson kepada lima tahun dan memerintahkan supaya denda tersebut dipulangkan semula, atas alasan mengambil kira pengakuan salah tertuduh.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan