Pemilik Kilang Didakwa Sogok Kakitangan TNB

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemilik kilang yang menjalankan perniagaan berasaskan getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan memberi suapan kepada seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), tahun lalu.

Lee Chee Kuen, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM10,000 kepada Pengurus Kanan, Unit Siasatan dan Risikan TNB, Rumaizi Mohd Amin pada pukul 12.15 tengah hari, 24 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta kompleks membeli-belah Amcorp Mall, di Petaling Jaya, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk Rumaizi tidak mengambil tindakan terhadap dia yang telah melakukan kesalahan mencuri elektrik di Kilang Sail Industry Sdn Bhd, Taman Klang Jaya, Klang, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamed Haikal Ismail mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh menerusi peguam M. Manoharan merayu agar jaminan RM20,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan dapat dikurangkan.

“Tertuduh telah memberikan kerjasama yang penuh terhadap SPRM semasa siasatan dilakukan,” katanya.

Mat Ghani membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh pengurusan kes sebelum ia dibicarakan pada 18 hingga 22 April depan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan