Bekas Pengurus Besar Sime Darby Didakwa Lagi

Diterbitkan: Rabu, 12 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Operasi Besar Operasi Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Md Zaki Othman yang telah didakwa atas kesalahan rasuah pada awal tahun lalu, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua tuduhan rasuah.

Kali ini, Md Zaki, 48, didakwa atas pertuduhan bersetuju menerima rasuah dalam bentuk dua utas jam tangan jenama mewah dua tahun lalu, daripada seorang pemilik syarikat kontraktor yang menjalankan kerja berkaitan minyak dan gas.

Dia didakwa didakwa meminta rasuah seutas jam tangan jenama IWC yang berharga RM32,980 daripada pemilik syarikat tersebut pada antara 1.30 dan 2.30 petang, 13 Mac 2009.

Kesalahan itu didakwa telah dilakukan tertuduh di di Hour Glass Sdn Bhd, Lot G1, S.C Jalan Sultan Ismail, di sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk individu tersebut mendapatkan surat bagi menyertai kerja yang membabitkan Sime Darby, iaitu projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Projek (Fasa 1).

Selain itu, tertuduh juga didakwa telah bersetuju untuk menerima bagi dirinya seutas jam tangan jenama Hublot berharga RM60,000 daripada individu yang sama pada pukul 10 pagi, 15 Mei 2009 di tempat yang sama.

Suapan tersebut didakwa sebagai upah untuk membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak ‘EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms’ di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat terbabit.

Pada prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim Rozilah Salleh, Md Zaki yang diwakili peguam Vijayan Sandran mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan tersebut.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Hizween Azleena Othman.

Rozilah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Februari depan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dekat sini, Md Zaki sekali lagi mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta rasuah bernilai RM30,600 dalam bentuk pembayaran set perabot rumah import daripada kontraktor yang sama.

Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh yang beralamat di Johor Baru, Johor didakwa meminta suapan itu dari segi pembayaran satu set sofa, satu set meja makan dengan permukaan marmar dan satu unit kerusi cleopatra pada 28 November 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Europe Asia Furniture Expo Sdn Bhd, nombor 15A, Jalan Universiti, Petaling Jaya, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk membantu kontraktor terbabit mendapatkan surat Letter of Intent bertarikh 11 Januari 2008 bagi projek EPCIC for MOQ, Package 16, BE Process & BG Platfor yang berharga RM23,901,959 kepada syarikat terbabit.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta boleh didenda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Vijayan dalam usaha mengurangkan jaminan RM20,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan keadaan tertuduh yang telah menjelaskan jaminan bagi pertuduhan-pertuduhan di mahkamah lain.

“Tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 di Johor Baru dan pagi tadi (hari ini) di Kuala Lumpur, dia dituduh dengan dua tuduhan dengan jaminan RM20,000 setiap satu.

“Tertuduh kini sudah tidak bekerja, manakala isterinya juga tidak bekerja dan mereka mempunyai empat orang anak yang masih belajar,” katanya yang mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.

Mat Ghani setelah mempertimbangkan rayuan itu, menetapkan jaminan pada jumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes bagi dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur kerana ia melibatkan transaksi dan saksi yang sama.

Selain itu, Mat Ghani juga membenarkan permohonan Nik Azrin Zairin untuk mendapatkan perintah tegahan terhadap media untuk tidak mendedahkan nama kontraktor dan syarikatnya.

Pada 3 Januari lalu, Md Zaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Baru atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM55,300, antara Disember 2007 dan Mac 2009 daripada kontraktor yang sama.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan