Wanita Indonesia Pitam Pada Prosiding Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita Indonesia yang didakwa atas tuduhan menggunakan kad pengenalan palsu terpaksa diusung keluar daripada Mahkamah Majistret di sini Selasa, selepas pitam semasa prosiding dijalankan.

Zaliah Yohanis, 21, atau nama yang tertera dalam kad pengenalan tersebut sebagai Rosiyanti Hussin pitam apabila bersesak-sesak bersama 15 lagi wanita yang didakwa atas kesalahan sama di dalam kandang tertuduh.

Mereka yang didakwa ialah Yanti Yunus, 22, Zuriah Amja, 26, Dani Amir, 24, Trinity Mathew, 22, Tracia Katapi, 20, Elsah Tandi, 19, Melita Mita Pakanna, 20 and Mita Andik, 22.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Thambypillay, Brickfields, di sini, pada antara pukul 10.40 malam dan 10.50 malam, 3 Januari lalu.

Selain itu, turut didakwa ialah Melin Haryanto, 34, Winny Lukas, 27, dan Bti Paulus yang didakwa melakukan kesalahan serupa pada masa yang sama di nombor 11C, Jalan Thambypillay.

Yustina Yuhanis, 22, Merry Satan, 32, dan Jesy Markos, 22, pula didakwa melakukan kesalahan tersebut di nombor 28, Jalan Thambypillay.

Semua mereka didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral dan tidak mempunyai permit untuk berada di dalam negara ini.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin yang menerima pengakuan salah semua tertuduh menjatuhkan hukuman penjara dua hari dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Mokhzan Ariff Mohd Yusof manakala semua wanita terbabit diwakili peguam Norazri Mohd Arif.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan