Tuntutan Ganti Rugi Roslin Hashim Dibicara Mac Depan

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan tuntutan ganti rugi RM53, 460 yang difailkan oleh pemain badminton negara, Roslin Hashim terhadap bekas isteri pertamanya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Mac ini.

Timbalan Pendafar, Nurul Wazeera Ahmad menetapkan kes dibicarakan semalam dua hari, bermula 23 Mac depan.

Selain itu, beliau juga menetapkan 10 Februari depan untuk Faizah Mohamad, 33, memfailkan afidavit pembelaaannya dalam permohonan itu manakala Roslin, 35, perlu menjawab afidavit tersebut pada 24 Februari depan.

Pada prosiding itu, Roslin hadir bersama peguam syarienya, Roslizam Rahim manakala peguam Mohammad Amir Nazli Hussin hadir bagi pihak Faizah.

Faizah tidak menghadiri prosiding Selasa. Pada 21 Oktober 2009, Roslin memfailkan permohonan tersebut bagi menuntut perbelanjaan ketika merisik antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915).

Dia juga menuntut perbelanjaan ketika perkahwinan yang terdiri daripada duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080); bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500); barang hantaran (RM11, 465); baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750).

Perbelanjaan perkahwinan juga meliputi khidmat video (RM2,000), kad jemputan kahwin (RM700), pengangkutan dan penginapan (RM1,300), perbelanjaan kenduri di Kelantan (RM10, 000) serta tiket kapal terbang pengantin (RM500).

Prosiding ini diteruskan selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini, pada 29 Disember lalu menolak permohonan Faizah untuk diberikan kebenaran bagi memfailkan rayuan melebihi tempoh berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak bantahan awalnya.

Roslin dan Faizah mendirikan rumah tangga pada 30 Januari 2009 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 12 hari selepas Roslin melafazkan cerai yang disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 12 Mei 2009.

Roslin kemudiannya melangsungkan perkahwinan kedua dengan Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Nurhayati Othman, 39, pada 9 Julai lalu.

Perkahwinan itu juga hanya bertahan untuk jangka masa pendek, iaitu 28 hari selepas Roslin melafazkan cerai pada 7 Ogos lalu di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan