Tanah Kubur: Permohonan Penduduk Cabar MBSA Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Permohonan sekumpulan penduduk Kota Kemuning dan Kemuning Greenville, di sini bagi mencabar keputusan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) berhubung penetapan tanah perkuburan Islam di kawasan perumah tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Datuk Hinshawati Shariff pada Selasa, menolak permohonan semakan kehakiman tersebut selepas memutuskan bahawa keputusan MBSA ketika memperuntukkan tanah seluas 1.707 hektar sebagai tanah perkuburan adalah betul.

Permohonan tersebut difailkan oleh Bong Boon Chuen dan 146 individu yang lain pada 29 Mei 2006, dengan menamakan MBSA, Hicom Gamuda Development Sdb Bhd, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar dan Nur Azman Anuarul Perai selaku responden.

Pada 17 Ogos 2006, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub memberi kebenaran kepada pemohon untuk mencabar keputusan MBSA dan mengeluarkan perintah pengantunggan tanah tersebut tidak boleh digunakan untuk pengkebumian sehingga keputusan permohonan semakan kehakiman.

Pemohon diwakili peguam Janine Anand Gill manakala MBSA diwakili peguam Datuk Mohd Hakimi Ab Kadir. Peguam Rohan Arasoo Jeyabalah pula bertindak bagi pihak Hicom Gamuda.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan