Pengawal Keselamatan Rogol Anak Kandung Dipenjara 18 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini November lalu.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada November lalu.

Pada 3 Dis lepas, di mahkamah yang sama tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya pada 22 Nov 2010 kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh namun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke hari ini.

Tertuduh yang menetap di Felcra Lubok Sireh kelihatan tenang menerima hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun itu dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya. Tertuduh turut mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa namun mangsa telah membuat laporan polis.

Wan Norzanuar ketika menjatuhi hukuman itu berkata perbuatan tertuduh telah merosakkan masa depan anaknya yang terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat.

Beliau berkata tertuduh sepatutnya melindungi anak gadisnya dan bukan merosakkan kerana perbuatan itu bukan sahaja salah di sisi agama tetapi di sisi masyarakat.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan