Kes Tafsiran Royalti Anuar Zain 31 Januari

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Selasa menangguhkan perbicaraan bagi kes taksiran royalti penyanyi, Anuar Zain pada 31 Januari ini berikutan peguam yang mewakili syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound) tidak hadir pada perbicaraan Selasa.

Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili penyanyi tersebut berkata prosiding yang sepatutnya didengar pada pukul 8.30 pagi ditanggungkan sehingga pukul 11 pagi, Selasa.

Bagaimanapun sehingga tempoh itu, peguam yang mewakili syarikat rakaman tersebut tidak juga muncul kerana mempunyai urusan lain sehingga pihak mahkamah terpaksa menetapkan pada tarikh lain bagi meneruskan kes berkenaan. "Oleh kerana mereka masih belum sampai pada pukul 11 pagi ini, maka mahkamah menangguhkan perbicaraan itu pada 31 Januari ini, pukul 2.30 petang," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah, Selasa.

Pada 14 Mei tahun lalu, Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 41, berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Syncrosound.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr. Prasad Sandosham Abraham turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar.

Penyanyi itu memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah beliau di saman oleh Syncrosound pada 21 April tahun yang sama.

Syncrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid telah membatalkan tuntutan Syncrosound tersebut.

Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, beliau dan Syncrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.

Bagaimanapun, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan