Kes Benjy Ditangguh Ke 18-22 April

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, Selasa, menangguhkan perbicaraan kes pelakon Benjy yang didakwa atas dua tuduhan memiliki dadah jenis syabu pada awal Mac tahun lalu, ke 18 hingga 22 April ini.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan itu selepas peguam bela, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy memberitahu mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu keputusan representasi yang diusulkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal Oktober tahun lalu.

Permohonan representasi berhubung penahanan pelakon terbabit mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas - LPK) 1985 itu dibuat supaya KDN dapat mempertimbangkan semula penahanan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadiana Mamat tidak membantah penangguhan perbicaraan tersebut.

Ahli-ahli keluarga Benjy tidak hadir pada prosiding hari ini.

Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, ditahan di sebuah pusat pemulihan di Muar selama dua tahun bermula 25 Mac lalu, iaitu tarikh dia ditangkap semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Pelakon itu didakwa memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah beralamat A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac lalu.

Dia turut didakwa memiliki 0.14 gram syabu di No. C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Ambong Kiri, Kepong.Baru di sini pada pukul 3 petang hari yang sama.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta tersebut yang boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan