Empat Anggota Polis Didakwa Cederakan Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Selasa, 11 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang ahli perniagaan, Disember lepas.

Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar dituduh mencederakan Chia Buang Hing, 35, di dalam Balai Polis Kota Damansara di sini antara 12.30 pagi hingga 3 pagi, pada 19 Disember lepas.

Mohd Azwan dan Norzali juga menghadapi satu lagi pertuduhan mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Kota Damansara di sini antara 11.30 malam, 18 Disember 2010 hingga 12.30 pagi, 19 Disember 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Lans Koperal Mahadi Adam turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam Balai Polis Kota Damansara antara 12.30 pagi hingga 3 pagi, pada 19 Dis 2010, mengikut Seksyen 166 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu.

Peguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman.

"Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi.

"Kesemua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Februari untuk sebutan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan