Wanita Thailand Didakwa Culik Kanak-Kanak Berusia Setahun

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini Isnin, menetapkan 20 Jan ini bagi sebutan semula kes seorang wanita warga Thai yang didakwa menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dua bulan pada Disember tahun lepas.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Peesa, 38, didakwa menculik kanak-kanak tersebut daripada penjagaan sah ibunya di depan sebuah kedai di Kampung Seri Fajar, Gambang, dekat sini kira-kira 5 petang pada 27 Disimber lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Peesa, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pada hari kejadian, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 27 tahun dipercayai didatangi dua wanita yang dikenalinya sebelum kedua-duanya memaklumkan ibu mangsa yang mereka mahu membawa anaknya berjalan-jalan sekejap.

Bagaimanapun, setelah kelibat anaknya dan wanita terbabit tidak kelihatan sehingga lewat malam, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Gambang dekat sini. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan