Imigresen Kedah Tahan 26 Pekerja Asing Di Pasar Raya Dan Stesen Minyak

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Imigresen Kedah menahan 26 pekerja asing yang didapati melanggar peraturan Imigresen dalam Ops Minyak dan Ops Selera di sebuah pasar raya dan dua buah stesen minyak di sini petang semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Nar Azaman Ibrahim berkata seramai 19 orang iaitu 17 lelaki berumur antara 20 dan 30 tahun dan dua perempuan berumur 23 dan 26 tahun ditahan di sebuah pasar raya manakala selebihnya ditahan di stesen minyak dan kedai serbaneka.

"Mereka yang ditahan ialah 11 orang dari Bangladesh, masing-masing enam dari Indonesia dan Pakistan, dua dari Nepal dan seorang dari Myanmar kerana gagal menunjukkan pasport," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau berkata kesemua mereka melakukan kesalahan menurut Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang berkaitan dengan atau arahan yang disahkan atas mana-mana pas, permit atau Pas Sempadan.

"Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali," katanya.

Kesemua mereka dihantar ke Depoh Tahanan Belantik, Sik.

Operasi yang bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.15 petang itu diketuai oleh Pengarah Imigresen Kedah Muhammad Hatta Kassim bersama 26 pegawai penguatkuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan