3 Lelaki Dituduh Culik Dan Rogol Remaja 16 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 10 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki termasuk dua adik beradik tiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas tuduhan menculik dan merogol seorang remaja perempuan pada Disember tahun lepas.

Mohd Sabri Rosli, adik tirinya Wan Hafiz Wan Omar dan Norizal Mamat mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamaruddin.

Mohd Sabri, 27, Norizal, 28, dan Wan Hafiz, 21, dituduh secara bersama melarikan remaja perempuan berumur 16 tahun berkenaan dari sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung Marang pada kira-kira 4 pagi, 27 Dis tahun lepas.

Mereka juga dituduh secara berasingan merogol remaja perempuan itu di sebuah rumah bernombor 1908-A, Kampung Gelong Gajah, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu antara kira-kira 5.40 pagi hingga 6.40 pagi pada hari yang sama.

Bagi pertuduhan menculik, mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda dan pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu Wan Hafiz turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu meliwat remaja itu mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Hakim menetapkan 10 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazliah Mahmud manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan