Tetak Madu: Wanita 28 Tahun Direman

Diterbitkan: Ahad, 9 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang wanita ditahan reman selama empat hari berhubung kes seorang suri rumah cedera parah ditetak dengan parang di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini Jumaat lepas.

Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin memerintahkan wanita berusia 28 tahun itu ditahan reman mulai hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaludin Hamenudin berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Siti Aminah Hanafi, 54, cedera di kepala, muka serta tangan selepas ditetak, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu antara suspek dan mangsa yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas.

Selain Siti Aminah, anak perempuannya Nurul Syuhada Saad, 17, turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam insiden itu.

Suspek yang lari ke rumah keluarganya di Bukit Kura, Kuala Nerang selepas kejadian, ditahan polis kira-kira 3 petang semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan