Supritendan Polis Bebas Tuduhan Terlibat Pengubahan Wang Haram - Berita Mahkamah | mStar

Supritendan Polis Bebas Tuduhan Terlibat Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat, membebaskan dan melepaskan seorang pegawai polis berpangkat Supritendan daripada empat tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kira-kira RM3.8 juta, pada 2002 hingga 2005.

Hakim Salawati Djambari membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan ke atas Azmi Osman, 55.

Azmi, yang kini digantung kerja dituduh menerima wang hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.08 juta melalui akaun semasanya yang bernombor 006025313564 di Malayan Banking Berhad di Jalan Haji Kassim, Mentakab, Pahang, di antara 6 Februari dan 20 Disember 2002.

Pegawai polis itu juga dituduh menerima wang hasil daripada aktiviti haram itu sebanyak RM679,850 melalui akaun yang sama dan di tempat yang sama di antara 15 Januari dan 2 Oktober 2003.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menerima wang hasil daripada aktiviti haram itu sebanyak RM941,930 melalui akaun semasa bernombor 501011803326 di Malayan Banking Berhad di Lot M1-22, Aras 3, Johor Baharu City Square, 106-108 Jalan Wong Ah Fook, di sini, di antara 13 Januari dan 17 November 2004.

Dia juga dituduh menerima wang hasil daripada aktiviti haram itu sebanyak RM250,000 melalui akaun yang sama, juga di bank yang sama pada 5 April 2005.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno manakala Azmi diwakili peguam bela Adam Yap dan C.N Sritharan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan