Peguam Negara Pohon Semakan Keputusan Terbuka Inkues Kematian Teoh Beng Hock

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi hari ini bagi semakan terhadap keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

"Selepas meneliti keputusan dan berikutan kebimbangan yang dilahirkan terhadap keputusan itu, satu keputusan telah dibuat untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk semakan terhadap keputusan itu, kata Gani dalam satu kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan oleh Peguam Negara mengenai tindakan itu. Bagaimanapun, kata Najib kerajaan akan meneruskan keputusan yang dibuat pada 17 Julai 2099 untuk mewujudkan Suruhanjaya DiRaja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Beliau berkata Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM, serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Katanya anggota suruhanjaya itu akan dilantik di kalangan orang terbilang dan dihormati.

"Suruhanjaya ini akan diwujudkan selama tempoh masa tiga bulan selepas satu tauliah pelantikan Pesuruhjaya dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 2, Akta 119 dan boleh dilanjutkan untuk tempoh masa sepertimana yang dibenarkan di bawah Seksyen 5, Akta 119," katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini.

Ditanya bilakah pelantikan akan dibuat, Najib berkata, "(Ia) akan diputuskan dalam beberapa hari lagi dan kemungkinan akan mengumumkannya selepas Kabinet (mesyuarat) Rabu depan." - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan