Dipenjara Kerana Menyamar Polis, Miliki Pistol Mainan Dan Peras Ugut

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyamar sebagai anggota polis, memiliki pistol mainan dan melakukan pemerasan terhadap seorang rakyat Indonesia pada November tahun lepas.

Majistret Norkamilah Aziz memerintahkan Farid Osman, 38, dari Pantai Dalam di Kuala Lumpur, menjalani hukuman itu berkuatkuasa Jumaat.

Dia didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan dan meminta RM50 daripada lelaki warga Indonesia bernama Asnawi di Seksyen U1 Damansara di sini pada 6 petang 3 November tahun lepas.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan itu, Farid dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.

Dia juga dikenakan hukuman penjara lapan bulan kerana menyamar sebagai anggota polis di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun yang sama.

Farid dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki sepucuk pistol mainan semasa melakukan pemerasan terhadap Asnawi juga di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 32 (2) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Norkamilah memerintahkan ketiga-tiga hukuman berjalan secara serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan