Peguam Diarah Bela Diri Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, memerintahkan seorang peguam untuk membela diri atas tuduhan meminta dan menerima suapan daripada anak guamnya yang didakwa untuk diberikan kepada polis bagi menyelesaikan siasatan satu kes ugut seorang pelajar.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab oleh tertuduh, Ranjit Singh.

Rozilah sebelum ini mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sophian Zakaria.

Ranjit diwakili oleh peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang kemudiannya memaklumkan pihaknya berhasrat mengemukakan lima saksi pembelaan pada perbicaraan yang akan diadakan pada 9 Februari depan.

Ranjit, 57, didakwa meminta suapan dalam bentuk wang tunai RM40,000 daripada seorang doktor, Chong Kuck Meng, 46, yang dikatakan sebagai dorongan untuk menyelesaikan siasatan kes ugutan terhadap Lee Khai Yin, 26.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 11.45 malam, 22 April 2005 di lobi Hotel Le Meridian, Jalan Stesen Sentral, di sini.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan kedua, iaitu menerima wang tunai RM7,000 daripada Chong atas dorongan yang sama pada pukul 8.30 malam, 28 Jun 2005 di Restoran Twin Happiness, Pekan Slim River, Batang Padang, Perak.

Bagi kesalahan itu, Ranjit didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan