Inkues Teoh Beng Hock: Keluarga tidak berpuasa hati, desak wujud Suruhanjaya Diraja

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peguam dan keluarga mendiang Teoh Beng Hock tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Koroner di sini pada Rabu, yang membuat keputusan terbuka berhubung punca kematian mendiang.

Ibu Teoh, Teng Shun Hor, 57, yang hadir di mahkamah dengan membawa potret mendiang mempersoalkan mengapa mahkamah membuat keputusan terbuka kerana berpendapat anaknya telah dibunuh.

Adik Teoh, Lee Lan, 30, pula menangis teresak-esak apabila dihampiri oleh media di luar mahkamah.

“Kami menunggu lebih setahun untuk mendapatkan kebenaran. Mengapa mahkamah memberi keputusan terbuka? Semua orang boleh melihat Teoh dibunuh. Bagaimana kamu boleh hidup dengan aman.

“Terdapat banyak bukti. Dia tidak membunuh diri. Perkara seperti ini bagaimana mahkamah boleh membuat keputusan begitu?,” katanya.

Lee Lan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji untuk mengadakan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian abangnya.

Sementara itu, ayah dan abang mendiang, Teoh Leong Hwee, 64, dan Beng Kee, 34, enggan memberikan sebarang komen.

Mahkamah Koroner pada Rabu, tidak dapat memutuskan sama ada kematian Teoh adalah disebabkan oleh bunuh diri atau dibunuh.

Koroner Azmil Muntapha Abas yang membuat keputusan terbuka itu hanya mengesahkan Teoh, 30, mati antara pukul 7.15 dan 11.15 pagi, 16 Julai 2009 di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini.

Prosiding inkues bermula pada 29 Julai 2009 dan berlangsung selama 55 hari meyaksikan 57 saksi inkues memberi keterangan.

Ia melibatkan 12 saksi pakar, termasuk empat orang doktor, iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar (melakukan bedah siasat kali pertama) dan Dr Shahidan Mohd Noor (bedah siasat kedua) yang diperhatikan oleh Dr Pornthip Rojasunan dan Dr Peter Venezis.

Dr Porntip merupakan pakar forensik yang sinonim dengan gelaran ‘Dr Kematian’ dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor manakala Dr Peter yang pernah terlibat dalam siasatan kematian Puteri Diana hadir bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menjadi pihak yang dipersalahkan dalam kematian Teoh kerana beberapa jam sebelum itu, mendiang hadir di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan sama sebagai saksi dalam dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan kerajaan negeri Selangor.

Keluarga Teoh mendakwa mendiang mati dibunuh oleh pegawai SPRM manakala badan bebas itu mengatakan mediang membunuh diri kerana malu untuk berdepan dengan majikannya, Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah selepas memberi keterangan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan