Empat Bebas Tuduhan Mengelirukan Suruhanjaya Sekuriti

Diterbitkan: Khamis, 6 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan dua pengarah dan dua bekas pengarah GP Ocean Food Bhd daripada dua tuduhan memberi maklumat mengelirukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi membolehkan syarikat itu disenaraikan pada papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad, empat tahun lepas.

Hakim S. M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu dalam kes melibatkan Datuk Lim Kim Ming, 45, adik beliau Lim Kim Hai, 32, dan Tan Siok Wan, 45 serta suaminya Lee Sin Teck, 45.

Beliau berkata kegagalan SC memanggil saksi daripada empat syarikat Amerika yang didakwa GP Ocean mempunyai urus niaga dengannya, melemahkan kes pendakwaan.

Katanya SC banyak bergantung pada afidavit yang disahkan para wakil syarikat berkenaan sedangkan kehadiran mereka di mahkamah adalah sangat penting.

Tumpuan pihak pendakwaaan (SC) dalam kes ini ialah tidak wujud sebarang urus niaga antara GP Ocean dan syarikat berkenaan.

Komathy berkata keempat-empat afidavit berkenaan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah kerana deponennya tidak hadir di mahkamah seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 32 Akta Keterangan 1950.

GP Ocean Food Bhd, sebuah syarikat yang berpusat di Labuan, Sabah, menjalankan perniagaan makanan laut bersepadu dan produk akuatik.

Keempat-empat mereka dituduh mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Berhad, maklumat dalam Laporan Pengarah dan Penyata Teraudit bertarikh 31 Januari 2006 untuk Gropoint Fisheries Sdn Bhd dan Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan Teraudit bertarikh 31 Jan 2006 untuk Gropoint Seafood Industries Sdn Bhd, yang didapati mengelirukan SC.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis SC di No.3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, di sini antara 13 Februari dan 22 Mei 2007.

Siok Wan adalah pengasas bersama dan pengarah eksekutif/ketua pegawai operasi GP Ocean, manakala Sin Teck adalah pengasas bersama dan pengarah urusan/naib pengerusi eksekutif GP Ocean.

Peguam Ng Aik Guan mewakili pasangan suami isteri itu, manakala peguam John Skelchy mewakili Kim Ming dan peguam K.L. Cheng mewakili Kim Hai.

SC diwakili pegawai pendakwa Aimi Khalidah Mohd Puzi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan