Kes Daphne Iking Disambung 26 Januari Ini

Diterbitkan: Rabu, 5 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 26 Januari bagi menyambung perbicaraan kes saman peribadi bekas suami model dan pengacara TV terkenal, Daphne Eleanor Iking.

Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah membuat keputusan itu selepas peguam Jagjit Singh memaklumkan bahawa anak guamnya, iaitu Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, tidak dapat hadir kerana sakit dan kini berada di London.

Terdahulu, mahkamah mencadangkan agar prosiding kes itu diteruskan tanpa kehadiran Choy namun dibantah peguamnya yang turut menyatakan bahawa sekiranya tarikh perbicaraan ditetapkan lebih awal, semua pihak akan menghadapi masalah.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 4 Mac untuk meneruskan perbicaraan, namun dipercepatkan selepas mendapat arahan kerana kes tersebut diklasifikasikan sebagai berprofil tinggi.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, mengemukakan saman peribadi terhadap Choy, 45, kerana memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu bersetubuh dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur antara Julai 2007 dan September 2008.

Choy didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iking mengahwini Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan