Keputusan Inkues Mengenai Kematian Teoh Diketahui Petang Esok

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan yang ditunggu-tunggu mengenai inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang esok (Rabu).

Koroner Azmil Muntapha Abas akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 2.30 petang esok.

Anggota keluarga Teoh, peguam yang mewakili pelbagai pihak, orang awam dan wakil media dijangka berada di bilik mahkamah itu yang terletak di tingkat dua, bangunan sambungan kompleks mahkamah itu.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Setelah banyak menuding jari dan tuduhan, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues itu diadakan berikutan kematian Teoh yang membangkitkan beberapa persoalan sama ada beliau membunuh diri atau dibunuh dan paling penting, bagaimana, bila dan cara mangsa itu menemui ajalnya.

Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November tahun lepas, di mana Koroner Mahkamah itu mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk Patologis Thailand yang terkenal, Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip, yang dijemput oleh kerajaan Selangor, menimbulkan kontroversi di mana beliau mendakwa Teoh mungkin dibunuh yang menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.

Bagaimanapun, apabila mahkamah itu dijangka mendengar pandangan kepakarannya selepas autopsi kedua, beliau menimbulkan bantahan awam khasnya daripada kalangan pegawai SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz apabila beliau mendakwa diugut agar jangan hadir pada inkues tersebut.

Semasa kehadiran beliau di mahkamah buat kali kedua pada 18 Ogos, Dr Pornthip berkata bedah siasat kedua menunjukkan Teoh bukan diserang atau diseksa, tetapi mengekalkan keterangan bahawa ia bukanlah pembunuhan diri.

Pakar forensik British, Profesor Dr Peter Vanezis yang diambil oleh SPRM memberikan keterangan bahawa Teoh masih sedar apabila beliau terjun dan ditemui mati.

Beliau berkata, kecederaan menunjukkan Teoh sedar sepenuhnya pada masa kejadian itu.

Katanya, dalam keterangan bahawa bedah siasat kedua yang diawasi oleh beliau membuktikan bahawa tidak ada kecederaan itu menunjukkan beliau dibunuh dengan cara lain atau dicampak ke luar tingkap. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan