Bekas Tentera Mengaku Tidak Bersalah Menyamar Doktor

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang bekas tentera yang ditahan semasa sedang menjalankan tugas sebagai ‘doktor’ dengan merawat pesakit yang hendak bersalin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Hilme Abdul Hamid, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyamar sebagai doktor dan memberi rawatan kepada pesakit tanpa sijill perakuan amalan tahunan daripada Majlis Perubatan Malaysia.

Dia yang mempunyai sembilan orang anak didakwa melakukan kesalahan itu antara 13 Mei dan November lalu di sebuah klinik di Desa Bukit Delima, Bukit Kapar, di sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh yang berasal dari Bandar Baru Shah Alam, dekat sini dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Kesekaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan maksimum 30 tahun dan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azilah Mat tidak menawarkan jaminan terhadap bapa kepada sembilan anak itu yang dibantah oleh peguam Nasrul Omar.

Majistret Afifah Mamat @ Yusof selepas mempertimbangkan perkara itu membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 dengan dua orang pejamin.

Beliau juga menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan sehingga kes selesai dibicarakan. Kes akan disebut semula pada 18 Januari ini.

Hilme sebelum ini didakwa di mahkamah sama pada 3 Disember lalu atas tuduhan mencabul seorang staf wanita klinik yang sama pada pukul 7.30 petang, 14 November lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa mangsa berusia 18 tahun mendapatkan nasihat kerana bimbang menghidap kanser payudara.

Bagi tuduhan itu, dia dibenarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin dan kes akan disebut semula pada 11 Februari depan.

Pada 1 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong mengesahkan bahawa seorang bekas tentera telah ditahan kerana menyamar sebagai doktor sejak dua tahun lalu.

Siasatan yang dilakukan mendapati lelaki tersebut hanya memiliki diploma pembantu perubatan dari sebuah kolej di Negeri Sembilan sebelum diterima masuk ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Siasatan juga medapati lelaki terbabit telah berhenti kerja pada 2006 semasa bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital tentera di Melaka dan sejak itu dia menyamar sebagai doktor di beberapa klinik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan