17 Januari Dengar Habeas Corpus Sarjan Tharmendran

Diterbitkan: Selasa, 4 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran yang didakwa bersubahat mencuri dua enjin pesawat milik TUDM akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 17 Januari ini.

Timbalan Pendaftar, Rusita Md Lazim menetapkan tarikh tersebut selepas bertemu dengan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tharmendran dan Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Tarmizi Ahmad dan Ashyraf Ashyari yang mewakili responden.

Turut hadir ialah peguam N. Surendran yang mewakili Tharmendran pada prosiding jenayah, tetapi akan bertindak sebagai saksi dalam permohonan habeas corpus.

Amer Hamzah semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya bersedia untuk menjalankan kes pada hari ini, tetapi terdapat satu afidavit tambahan yang difailkan oleh responden pertama pada Khamis lalu.

Tharmendran, 42, memfailkan permohonan tersebut pada 26 November lalu, iaitu sehari selepas dia ditahan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Shah Alam, dekat sini, atas alasan meninggalkan tugas di bawah Seksyen 54, Akta Angkatan Tentera 1972.

Dia yang ditahan di Pusat Tahanan Kem Batu Kentomen, di sini menamakan Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli, iaitu pegawai yang menahannya, Komandan pusat tahanan tersebut, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Menteri Pertahanan Malaysia sebagai responden-responden.

Pada permohonannya, Tharmendran mendakwa penahanannya adalah berniat jahat, dilakukan di luar bidang kuasa dan menyalahi undang-undang serta tidak sah kerana dia tidak lagi berkhidmat dengan TUDM.

Sementara itu, Surendran semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu, beliau kecewa dengan penangguhan pendengaran tersebut yang dijadualkan didengar pada hari ini.

“Permohonan ini sepatutnya didengar dengan kadar segera. Bapa Tharmendran, N. Nagarajah, 71, hadir di mahkamah dan terpaksa pulang dalam keadaan kecewa kerana kes tidak didengar,” katanya.

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini atas tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 bernilai RM607,140.

Dia didakwa melalukan kesalahan itu pada 30 April 2008 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Tentera TUDM, Sungai Besi, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Cubaannya untuk .mendapatkan pengantunggan kekal terhadap pertuduan tersebut juga gagal apabila Hakim Makamah Tinggi Shah Alam, Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan tersebut pada 17 Disember lalu.

Kes itu akan dibicarakan selama tiga hari bermula 14 Jun dan Tharmendran akan dibicarakan bersama seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad yang didakwa melupuskan enjin pesawat tersebut.

Kedua-dua tertuduh juga akan dibicarakan tuduhan menggubah wang haram di bawh Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan