Bekas Pengurus Kanan Syarikat Didakwa Terima Rasuah RM55,300

Diterbitkan: Isnin, 3 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Bekas Pengurus Besar Kanan di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang pada Isnin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM55,300, antara Disember 2007 dan Mac 2009.

Md Zaki Othman, 49, dituduh menerima suapan berjumlah RM33,600 bagi bayaran set perabot daripada Abdul Salam Ahmad di rumahnya di No.4, Jalan Austin Perdana 2/11, Taman Austin Perdana, di sini, kira-kira pukul 10 pagi, 14 Disember 2007.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan membantu Abdul Salam mendapatkan Surat Hasrat bertarikh 11 Jan 2008 bagi projek "EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms" bernilai RM23,901,959 kepada Duplex Energy Sdn Bhd.

Md Zaki didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dia juga dituduh menerima satu jam tangan berjenama Rolex bernilai RM21,700, juga daripada Abdul Salam di alamat yang sama pada kira-kira 9 malam, 10 Mac 2009.

Suapan itu sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak "EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms" di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan sub kontrak projek, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh Duplex Energy Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24, akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendaftar Mahkamah Hidayah Abdul Manap membenarkan Md Zaki dijamin sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 25 Feb depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Ghafar Abdul Latif manakala Md Zaki diwakili peguam S. Vijaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan