Pihak Pendakwaan Tutup Kes AminulRasyid

Diterbitkan: Rabu, 29 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan yang mengendalikan perbicaraan kematian pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid Amzah yang didakwa ditembak oleh seorang anggota polis April lalu, menutup kes pendakwaan pada Rabu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini, pihaknya telah selesai dengan saksi terakhir, iaitu saksi pendakwaan ke-39, Detektif Koperal Zainon Harun yang bertanggungjawab membawa kereta yang dipandu AminulRasyid ke balai polis.

Mohd Dusuki yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Adilla Ahmad dan Siti Rohaida Che Ahmad menambah, pihaknya menawarkan 30 saksi kepada barisan pembelaan.

Kes pendakwaan ditutup dalam masa tidak lebih dari tiga bulan, iaitu sejak perbicaraan dimulakan pada 12 Oktober lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 28 Januari depan untuk pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes mengemukakan hujahan lisan sebelum beliau membuat keputusan di peringkat akhir pendakwaan.

Keputusan itu akan menentukan sama ada tertuduh, Koperal Jenain Subi, 48, perlu membela diri atas pertuduhan atau dilepas dan dibebaskan, jika pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan.

Jenain yang bertugas di unit kereta peronda, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam dituduh menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Keterangan pada perbicaraan menyatakan, kereta Proton Iswara BET5023 milik bapa mertua kakak AminulRasyid ditembak oleh dua orang anggota polis unit kereta peronda, Jenain dan Mohd Izham Mahayadin dengan niat untuk menghentikan keretanya.

AminulRasyid meninggal dunia di tempat kejadian kerana terkena tembakan di bahagian kepala dari arah belakang.

Jenain diwakili oleh peguam-peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Asghar. Terdahulu, pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Abd Halim Ismail memberitahu, Perintah Tetap Ketua Polis Negara membenarkan anggota polis untuk melepaskan tembakan sekiranya mereka berasa terancam ataupun keadaan memerlukan senjata api digunakan.

“Tindakan Jenain membawa senjata adalah sesuatu yang sah di sisi undang-undang kerana ia tidak dilakukan sesuka hati. Tidak salah untuk melepaskan tembakan dalam keadaan yang mendesak,” katanya semasa menjawab soalan Athimulan.

Tambahnya, berdasarkan fakta kejadian, kereta peronda tidak mempunyai cara lain untuk menghentikan kereta itu melainkan menembak di bahagian bawah kereta ekoran kereta tersebut bukan sahaja tidak berhenti, malah menghimpit kereta peronda. Bagaimanapun saksi pendakwaan ke-38 menambah, cara terbaik untuk menghentikan sebuah kenderaan yang dipandu laju adalah dengan cuba mengejar kenderaan tersebut, sekiranya mampu.

Abd Halim, 53, memberitahu sesebuah kereta akan disyaki sebagai penjenayah jika dipandu dengan laju dan enggan berhenti walaupun diarahkan berbuat demikian.

Beliau juga bersetuju AminulRasyid banyak melakukan kesalahan pada hari kejadian, antaranya memandu tanpa lesen, memandu secara melulu dan merbahaya, membawa kereta tanpa kebenaran, tidak berhenti selepas terlibat dalam kemalangan dan tidak mempamerkan cukai jalan.

Menjawab soalan Salim pula, Abd Halim dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor memgesahkan bahawa polis tidak memerlukan waran untuk menahan individu yang melakukan kesalahan yang dilakukan oleh AminulRasyid.

Sementara itu, Zainon pada keterangannya memberitahu, dia mencari kereta tunda atas inisiatif sendiri untuk membawa kereta Proton Iswara ke IPD Shah Alam kerana arahan yang diterima perlu dilakukan dengan segera.

“Saya mencari kereta tunda luar kerana prosuder mendapatkan kenderaan jabatan akan mengambil masa. Saya ke tempat kejadian dengan kereta tunda pada pukul 8 pagi dan kereta tersebut di bawa ke IPD pada pukul 9.30 pagi,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan