Wanita, Penarik Kereta Belasah Suami Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lazimnya kita hanya mendengar kisah suami memukul isteri, berbeza dengan apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, apabila seorang wanita dituduh memukul suaminya, yang merupakan seorang anggota polis sehingga koma.

S.Kasturi, 27, didakwa bersama seorang penarik kereta yang dipercayai teman lelakinya, A. Steven, 22, dan kedua-duanya kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Mereka didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Lans Koperal G. Vimal Raj, 25 dengan menggunakan sebatang kayu pada pukul 1 pagi, 11 November lalu di tempat letak kenderaan Hulu Yam, Selayang, dekat sini.

Kasturi yang merupakan pekerja pentadbiran akaun berkahwin dengan Vimal pada Mac tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau disebat, jika sabit kesalahan.

Faridah Nurdinie menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang terlibat adalah serius.

“Kes ini telah mendapat liputan meluas dan telah disiarkan di akhbar dan dilaporkan mangsa telah koma selama sebulan dan hilang ingatan disebabkan kecederaan yang dialami,” katanya.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili Steven merayu agar jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya bekerja dengan abangnya hanya mampu untuk menyediakan jaminan sebanyak RM5,000.

Kasturi, wanita yang bertubuh kecil itu pula menerusi peguam M. Manoharan memohon agar mahkamah mempertimbangkan keadaan keluarganya yang miskin dalam menetapkan jumlah wang jaminan.

“Saya juga menghujahkan bahawa terdapat keraguan dalam pertuduhan ini. Saya sendiri tidak boleh percaya bahawa seorang isteri boleh memukul suami yang merupakan polis.

“Daripada bentuk tubuh badan tertuduh yang kecil dituduh memukul suami adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai,” kata Manoharan.

Hakim Hasbi Hasan selepas mempertimbangkan rayuan itu membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Januari depan sebagai sebutan semula untuk penyerahan dokumen.

Pada prosiding sama, Rajpal dan Manoharan juga memaklumkan bahawa anak guam mereka telah dipukul semasa berada di dalam tahanan reman sejak ditangkap pada hari kejadian.

Menurut Rajpal, Steven mendakwa dirinya telah dipukul dengan menggunakan kerusi di bahagian kepala, ditendang di muka sehingga bibir dan lidah cedera menyebabkan dia tidak dapat makan selama empat hari.

Manoharan pula memberitahu, Kasturi yang bekerja di bahagian pentadbiran akaun juga dipukul oleh empat orang anggota polis lelaki yang dikatakan dari Ibu Pejabat Derah Gombak, dekat sini.

“Tertuduh tidak mengetahui nama mereka, tetapi dia boleh mengecam mereka. Mereka juga didakwa telah menggunakan kata-kata kesat kepada tertuduh sehingga dia menangis kerana tidak tahan mendengar kata-kata itu,” katanya.

Selepas mendengar dakwaan tersebut, Hasbi mengarahkan supaya Faridah Nurdinie untuk membantu sekiranya tertuduh berhasrat untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.

Pada 14 Disember lalu, Vimal Raj yang bertugas di Balai Polis Rawang, dekat sini mendedahkan bahawa dia tidak akan memaafkan perbuatan isteriya yang didakwa tergamak memukulnya kerana cinta tiga segi.

Dia juga mendakwa, telah koma selama sebulan di Hospital Ipoh, Perak dan mengalami masalah hilang daya ingatan dan sukar bercakap.

Vimal Raj juga mendakwa, kejadian berlaku apabila dia dibawa keluar oleh isterinya atas alasan untuk mendapatkan rawatan sakit tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 9 November lalu.

Bagaimanapun, dia mendakwa dibawa ke satu lorong dan dipukul oleh dua lelaki yang sedia menunggu dengan menggunakan kayu hoki.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan