Pengarah Bomba Pulau Pinang Didakwa Terima Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Pengarah Jabatan Bomba Pulau Pinang, Ahmad Izram Osman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,325 pada Februari tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Izram, 44, dituduh menerima suapan RM3,000 iaitu sebahagian bayaran pendahuluan bagi pembelian kenderaan Toyota Vios nombor pendaftaran PS52 daripada Hasmawi Ahmad dan pertuduhan kedua menerima RM13,325 sebagai baki bayaran pendahuluan kereta itu daripada Hasmawi.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Telagamas Motors Sdn Bhd, Jalan Petaling, Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah pada 17 Februari, 2009.

Suapan itu adalah sebagai upah untuk beliau kononnya mendapatkan kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabat tingkat 2 dan 3, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bernilai RM150,016 dan sebagai dorongan kerana membantu mendapatkan kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaran bilik standby lelaki Ibu Pejabat jabatan itu di Pulau Pinang bernilai RM198,000 kepada syarikat Rohaya Gemilang Enterprise.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahmad Izram juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kedudukannya menerima untuk diri sendiri wang tunai berjumlah RM16,325 tanpa balasan daripada Hasmawi pada Februari 2009.

Wang itu adalah bayaran pendahuluan untuk pembelian kereta Toyota Vios tersebut.

Pertuduhan pilihan itu dibuat mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Rusita Md Lazim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Ahmad Izram diwakili peguam H. T. Saw manakala pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan