Kes Curi Enjin Jet TUDM: Dua Tertuduh Dibicara Bersama 14 Jun - Berita Mahkamah | mStar

Kes Curi Enjin Jet TUDM: Dua Tertuduh Dibicara Bersama 14 Jun

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen pada Selasa menetapkan tiga hari bermula 14 Jun tahun depan sebagai tarikh bicara kes Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan ahli perniagaan K. Rajandran Prasad yang menghadapi pertuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan enjin pesawat milik TUDM.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz juga menetapkan tarikh yang sama untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), yang turut dihadapi kedua-duanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Noh, Syed Feisal Syed Amir, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Mohd Haziq Razali manakala Tharmendran diwakili T.Renuka dan Rajandran Prasad oleh Rejender Singh.

Pada 17 Dis lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Tharmendran untuk penggantungan kekal bagi tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 yang dihadapinya.

Pada 6 Jan lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran Prasad, 38, pengarah sebuah syarikat pembekalan, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama terhadap tuduhan dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pada 20 Ogos lalu, Tharmendran turut mengaku tidak bersalah terhadap pengubahan wang haram melibatkan RM62,000, manakala Rajandran Prasad mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan serupa melibatkan RM437,319.50. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan