Kes AminulRasyid: Jari Pengawai Penyiasat Melecet Kira Peluru

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Akibat mengira jumlah peluru yang terlalu banyak di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, ibu jari kanan pengawai penyiasat kes kematian pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid Amzah melecet.

Bagaimanapun, Asisten Superintendan (ASP) Abd Halim Ismail,53, tidak menghiraukan kecederaan yang dialaminya, sebaliknya tekun mengira sehingga ke peluru terakhir.

Secara keseluruhan, saksi pendakwaan ke-38 tersebut mengira 169 butir peluru bersaiz 9 milimeter yang dikeluarkan daripada lapan pelopak dan disusun di meja pihak pendakwaan.

Jumlah peluru yang terlampau banyak juga menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memohon supaya prosiding mahkamah ditangguhkan sementara menunggu Abd Halim selesai mengira.

Semua peluru tersebut merupakan peluru yang dipulangkan oleh dua anggota unit kereta peronda, iaitu Koperal Jenain Subi dan Konstabel Mohd Izham Mahayadin yang terlibat dalam kejadian tembakan ke arah kereta yang dipandu oleh AminulRasyid.

Jenain, 48, dari Balai Polis Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, di sini sedang dibicarakan atas kesalahan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, di sini.

Pendakwaan terhadap Jenain dilakukan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada keterangan lain, Abd Halim memberitahu mahkamah bahawa kereta Proton Iswara BET 5023 yang didaftarkan atas nama bapa mertua kakak AminulRasyid mempunyai cukai jalan, meskipun tidak dipamerkan.

“Siasatan yang dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati cukai jalan dan insuran kereta tamat pada 14 Januari 2011,” tambahnya.

Pihak pendakwaan yang mengendalikan perbicaraan yang mendapat liputan meluas ini dijangkakan akan menutup kes pendakwaan pada Rabu, dalam tempoh perbicaraan yang berlangsung dalam tempoh kurang daripada tiga bulan.

Perbicaraan bermula pada 12 Oktober lalu dan Mohd Dusuki memaklumkan, mereka hanya akan memanggil seorang lagi saksi iaitu pemandu kereta tunda untuk memberi keterangan selepas Abd Halim.

“Secara keseluruhan, Abd Halim akan membuka 10 peratus lagi barang bukti yang dikemukakan di mahkamah, manakala bakinya 90 peratus sudah selesai,” katanya.

Selain Mohd Dusuki, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Adilla Ahmad dan Siti Rohaida Che Ahmad manakala barisan pembelaan dibarisi oleh peguam-peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Asghar.

Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung Rabu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan