Ibu Kepada Tiga Anak Dipenjara Atas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu kepada tiga anak dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa selepas didapati bersalah terhadap terhadap tuduhan pecah amanah membabitkan RM41,518.50 milik Persatuan Kumpulan Sumber Keluarga Ibu Kuala Lumpur. Hakim Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu terhadap Genevieve Christeta Bois, 36, bekas setiausaha persatuan itu, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes di akhir pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Bois dituduh melakukan pecah amanah melalui 10 keping cek Maybank yang diamanahkan kepadanya di persatuan yang beralamat No 128, Jalan Terasik 8, Bangsar, Brickfields di sini antara 9 Jun 2004 dan 7 September 2004. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Jagjit dalam penghakimannya berkata tertuduh, yang merupakan ibu tunggal kepada tiga anak berusia 15, 12 dan 8 tahun, telah menyalahgunakan dana persatuan tersebut untuk kepentingan sendiri bukan untuk tujuan amal.

"Tindakan yang dibuat oleh tertuduh menyebabkan operasi organisasi amal ini terhalang dan persatuan itu telah kehilangan dana sebanyak RM41,518.50 sejak September 2004 dan sampai saat ini tiada satu sen pun wang dikembalikan semula ke persatuan tersebut," katanya. Jagjit turut membenarkan jaminan terhadap tertuduh dinaikkan sebanyak RM20,000 daripada RM15,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah KM Abu Bakar telah mengemukakan 10 saksi, manakala seramai tiga saksi pembelaan dikemukakan oleh peguam Amer Hamzah Arshad. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan