Dr Mohd. Asri Peroleh Kebenaran Untuk Fail Rayuan

Diterbitkan: Selasa, 28 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Selasa, memperoleh kebenaran untuk beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah di sini, berhubung pemindahan kes mengajar tanpa tauliah yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Md Yusup Che Teh sebulat suara membenarkan permohonan Mohd Asri, 38 selepas mendapati terdapat persoalan undang-undang dan kepentingan awam dalam kes tersebut.

“Mahkamah berpuas hati permohonan Mohd Asri mempunyai asas, khususnya mengenai bidang kuasa Ketua Pendakwa Syarie yang akan memberi kesan kepada pemohon perlu diperhalusi dan diputuskan oleh Mahkamah ini,” kata Md Yusup semasa membaca penghakiman.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya Mohd Asri yang diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman memfailkan rayuan tersebut dalam tempoh 14 hari bermula Selasa.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Syarie, Abdul Shukor Abd Hamid dan Pegawai Pendakwa, Zusyarafain Md Yusof.

Mohd Asri, 38, memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 28 April lalu yang membenarkan supaya kesnya dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Pada awalnya, Mohd Asri yang merupakan pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dituduh dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

Pada 18 November 2009, Mohd. Asri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) antara pukul 8.10 dan 9.45 malam, 1 November 2009 di kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan