Rakan AminulRasyid Tidak Alami Kecederaan Teruk

Diterbitkan: Isnin, 27 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Walaupun mendakwa dirinya ditendang dan dipukul oleh beberapa anggota polis, rakan kepada AminulRasyid Amzah, remaja yang mati dalam kejadian tembakan oleh anggota polis lapan bulan lalu, tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

Asisten Suprintendan (ASP) Abd Halim Ismail, 53, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa remaja terbabit, Muhammad Azamuddin Omar, 15, telah dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini.

Kata saksi pendakwaan ke-38 itu, Mohammad Azamuddin dibawa ke HTAR pada pukul 2.45 pagi, 27 April lalu ekoran dakwaan bahawa dia telah dipukul semasa cuba melarikan diri selepas kereta Proton Iswara BET 5023 yang dipandu oleh AminulRasyid terbabas.

“Hasil pemeriksaan mengesahkan Muhammad Azamuddin tidak mengalami kecederaan dalaman yang teruk, tetapi cuma ada kesan calar sahaja,” katanya yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Selain itu, Abd Halim juga memberitahu, beliau bersama Muhammad Azamuddin telah berkunjung ke rumah seorang lagi rakan AminulRasyid, Mohd Zubir Salleh, 15, untuk mengambil beg plastik berisi baju dan seluar yang dipakai oleh Muhammad Azamuddin pada malam kejadian.

“Muhammad Azamuddin memberitahu saya bahawa baju dan seluar tersebut telah dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam plastik,” tambah Abd Halim.

Muhammad Azamuddin yang merupakan anak kepada seorang anggota polis, Sarjan Omar Jamaludin dari Ibu Pejabat Daerah Shah Alam di Seksyen 11, di sini pada keterangannya sebelum ini memberitahu, bajunya telah terkena darah AminulRasyid.

Oleh itu, dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 yang keluar secara senyap pada malam kejadian telah membasuh dan menyuruh Mohd Zubir menyimpan pakaian tersebut semasa bertemu di dalam tandas sekolah.

Pada keterangan lain, Abd Halim memberitahu, beliau menerima arahan untuk mengambil alih siasatan kes daripada pegawai penyiasat pertama, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin pada 27 April lalu.

Ahmad Fauzi memainkan peranan sebagai pengawai penyiasat selama kira-kira 12 jam bermula daripada kejadian berlaku.

Terdahulu, Ahmad Fauzi yang merupakan saksi pendakwaan ke-36 memberitahu, beliau menjumpai sebilah parang dalam kereta yang dipandu oleh AminulRasyid, tetapi tidak membuat penyiasatan lanjut.

Dalam kes ini, seorang anggota polis unit kereta peronda, Koperal Jenain Subi sedang dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, yang didakwa mati akibat tembakan di kepala dari arah belakang.

Jenain didakwa melakukan kesalahan itu pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Selain Mohd Dusuki, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad manakala pembelaan dibarisi oleh peguam-peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Asghar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung Selasa.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan